fbpx

Amaran hujan berterusan bagi lima negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Penduduk di Kelantan dan Terengganu diminta mengambil langkah persediaan sewajarnya ekoran amaran hujan lebat berterusan yang dijangka belaku sehingga esok.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua negeri itu akan mengalami hujan lebat berterusan bermula hari ini hingga esok.

“Amaran dikeluarkan bagi beberapa kawasan di Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

“Selain itu, di Terengganu melibatkan Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, beberapa kawasan di Pahang termasuk Kuantan, Pekan dan Rompin serta Mersing di Johor bakal mengalami hujan berterusan sehingga esok.

Sementara itu, di Sarawak amaran cuaca buruk turut diramal berlaku bermula 5 hingga 7 Disember depan.

“Kawasan terlibat adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI