fbpx

Al-Hamra sasar jumlah pelajar naik berganda tahun 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sekolah agama Islam antarabangsa terkemuka, Al-Hamra Integrated School (Al-Hamra) me­nyasarkan jumlah pendaftaran pelajarnya naik berganda pada tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Al-Hamra, Ibrahim Adham Asmail berkata, nilai unjuran tersebut mampu dicapai meskipun dalam persekitaran ekonomi yang sukar akibat pandemik kerana masyarakat kini bersedia ber­belanja lebih untuk memperoleh pendidikan berkualiti.

Menurutnya, ketika ini, Al-Hamra mempunyai seramai 145 pelajar daripada peringkat pra-sekolah, rendah dan menengah.

“Lokasi Al-Hamra yang terletak di Kota Damansara merupakan salah satu daya penarik memandangkan ia merupakan hab strategik yang menghubungkan pelbagai lokasi utama di sekitar Lembah Klang termasuklah Bangsar, Damansara Heights, Mont Kiara, Hartamas, Taman Tun Dr. Ismail dan sebagainya.

“Dilengkapi fasiliti dan kurikulum bertaraf antarabangsa, Al-Hamra yakin mampu menarik minat lebih ramai ibu bapa dan penjaga yang sedang mencari sekolah Islam antarabangsa yang bersesuaian.

“Al-Hamra juga menawarkan yuran pengajian yang kompetitif berbanding institusi pendidikan bertaraf antarabangsa yang lain, dengan kadar yuran di antara RM900 hingga RM1,900 sebulan mengikut peringkat pendidikan,” katanya dalam kenyataan.

Ibrahim menambah, kele­bihan lain Al-Hamra juga apabila menawarkan program kokurikulum yang menyediakan pendekatan seimbang yang berorientasikan sunnah bagi mewujudkan platform ­menyeronokkan dan menarik bagi pelajar untuk meningkatkan kemahiran serta daya saing berdasarkan pilihan mereka.

Tambah beliau, struktur kokurikulum di Al-Hamra telah menggabungkan sukan dan seni mempertahankan diri yang dikembangkan agar selaras dengan kurikulum STEAM iaitu Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik.

“Pendekatan ini meningkatkan prestasi pelajar dan mempersiapkan mereka dengan kemahiran yang mencukupi ketika mereka berdepan dengan cabaran dunia yang lebih besar.

“Pada masa yang sama, kami juga mendorong aktiviti interaktif yang menangani kemahiran penting seperti penyelesaian masalah, kepimpinan dan persaingan yang sihat.

“Dengan banyak pilihan aktiviti ekstra kurikulum, kami percaya persekitaran yang sihat dan proaktif akan membantu melahirkan pelajar yang lengkap,” ujarnya.

Ibrahim menambah, salah satu cara terbaik untuk memupuk minat pelajar adalah de­ngan mewujudkan persekitaran yang kondusif dilengkapi alat yang tepat.

“Al-Hamra menyediakan bilik darjah yang selesa, kafeteria, perpustakaan, makmal teknologi dan sains, prasekolah dan kawasan permainan serta surau yang mendamaikan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI