fbpx

47 kematian akibat Covid-19 dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 47 lagi kes kematian Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kematian di Malaysia sebanyak 30,521 kes.

Menurut data pada laman web CovidNow, tiada kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam.

“Sebanyak 12 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID), menjadikan kes BID sebanyak 6,177 kes,” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Kesemua kematian dilaporkan di Selangor (9), Kelantan (6), Perak (6), Sabah (6), Pulau Pinang (5), Terengganu (5), Kuala Lumpur (3), Johor (2), Kedah (1), Melaka (1), Negeri Sembilan (1), Sarawak (1) dan Labuan (1) serta tiada kematian di Pahang, Perlis dan Putrajaya.

Terdapat 62,253 kes aktif melibatkan 50,358 kes dikuarantin di rumah, 6,346 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 5,038 kes di hospital, 245 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 266 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Sebanyak 5,806 kes harian semalam disumbangkan oleh Selangor (1,726 kes), Kelantan (640 kes), Johor (635 kes), Sabah (427 kes), Kuala Lumpur (385 kes), Pahang (354 kes), Kedah (332 kes), Pulau Pinang (262 kes), Melaka (249 kes), Perak (228 kes), Terengganu (191 kes), Negeri Sembilan (181 kes), Sarawak (91 kes), Putrajaya (53 kes), Perlis (47 kes) dan Labuan (lima kes). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI