SHAH ALAM- Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor perlu ditambah supaya jumlah pengundi di sesebuah kawasan dapat diagihkan secara sekata.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam negeri, Ng Sze Han berkata, beberapa DUN seperti Kinrara, Bukit Lanjan, Subang Jaya dan Kajang yang mempunyai populasi penduduk yang tinggi.
“Malah, kawasan DUN ini mempunyai jumlah pengundi yang lebih ramai daripada jumlah pengundi di beberapa kawasan Parlimen.
“Jadi, saya bersetuju dengan apa yang diperkatakan Bukit Lanjan (Elizabeth Wong) bahawa jumlah pengundi perlu diagihkan secara sekata di beberapa buah negeri dan DUN Selangor perlu ditambah,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini,
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan tambahan lisan Elizabeth (PH- Bukit Lanjan) sama ada adil bagi sesebuah kawasan DUN mempunyai jumlah pengundi sebanyak 100,000 pengundi.
Pada ketika ini terdapat 56 DUN kesemua di Selangor.
Ketika mengulas pertanyaan Lim Yi Wei (PH-Kampung Tunku), Sze Han berkata, sebarang penambahan jumlah DUN dan Parlimen di negeri hanya boleh dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). -K! ONLINE