fbpx

Mosar selamatkan pendaki wanita alami gastrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR) menyelamatkan seorang pendaki wanita yang mengalami sakit gastrik ketika mendaki Gunung Kinabalu di Kilometer 3.3 Mempening, Summit Trail hari ini.

RANAU – Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (Mosar) menyelamatkan seorang pendaki wanita yang mengalami gastrik ketika mendaki Gunung Kinabalu di Kilometer 3.3 Mempening, Summit Trail hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, mangsa yang berusia 45 tahun berkenaan dikatakan sukar bergerak selain perlu mendapatkan bantuan untuk membawanya turun bagi mendapatkan rawatan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.30 pagi sebelum sepasukan lapan anggota dan pegawai termasuk Mosar dan malim gunung bergegas ke lokasi kejadian.

“Pasukan Mosar yang menemui mangsa terus memberikan rawatan awal agar memastikan wanita terbabit berada dalam keadaan stabil dan selamat.

“Mangsa seterusnya dibawa turun ke ‘Timpohon Gate’ dengan menggunakan Robinson stretcher oleh pasukan penyelamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pasukan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) sebelum dihantar ke Hospital Ranau , operasi tamat sepenuhnya pada pukul 1.40 petang. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI