fbpx

Mercedes masih ada peluang cerah – Wolff

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WOLFF (kanan) percaya Mercedes masih ada peluang cerah memintas kejuaraan dunia bagi kategori pelumba menerusi Hamilton dan pengeluar bermula pada GP Arab Saudi hujung minggu ini. – AFP

JEDDAH – Prinsipal Mercedes, Toto Wolff optimis pe­luang untuk pasukannya memintas ke­juaraan dunia bagi kategori pelumba dan pengeluar masih cerah ketika saingan Formula Satu (F1) hanya berbaki dua perlumbaan dengan Grand Prix (GP) Arab Saudi akan berlangsung minggu ini.

Sebagai rekod, Mercedes ki­ni memiliki kelebihan lima mata berbanding pencabar terdekat, Red Bull untuk perebutan gela­ran dunia kategori pengeluar, manakala pelumba utama pasukan, Lewis Hamilton sedang bersaing dengan Max Verstapen dengan kedua-dua pelumba ha­nya dibezakan lapan mata.

Kata Wolff, pasukan sudah kembali mendapatkan momentum selepas menjuarai empat daripada lima perlumbaan GP yang lepas dan kini bersedia untuk meneruskan prestasi cemerlang pada saingan di Litar Antarabangsa Corniche, Jeddah nanti.

“Jentera pasukan dilihat cukup memberangsangkan sejak beberapa minggu lalu dengan jurutera kami melakukan tugas dengan cemerlang dalam memastikan rentak konsisten dapat dilakukan tidak kira ketika sesi ujian bebas, kelayakan atau hari perlumbaan.

“Justeru, saya sangat optimis sekiranya segalanya berjalan seperti biasa, pasukan dapat meneruskan momentum pada GP Arab Saudi minggu ini sekali gus memastikan harapan untuk menjulang kejuaraan dunia berjaya direalisasikan,” katanya.

Sementara itu, Wolff turut teruja untuk menyaksikan perlumbaan F1 dilangsungkan buat pertama kali di negara Asia Barat itu selain percaya litar jalan raya yang dibina memiliki cabaran serta keunikan tersendiri.

“Saya anggap peluang untuk mana-mana pasukan mendominasi GP Arab Saudi agak terbuka kerana ia adalah litar baharu yang tidak pernah diuji sebelum ini. Pasukan atau pelumba mana yang dapat cepat menyesuaikan diri boleh bergelar juara,” kata­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI