fbpx

Lima beranak tinggal sehelai sepinggang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah rumah hangus dalam kejadian kebakaran di Jalan Chicha, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Lima beranak yang tinggal di Lorong Chicha di sini tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka hangus dalam kebakaran pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 11 pagi itu, sepasang suami isteri sempat menyelamatkan diri manakala tiga orang anak mereka tiada di rumah semasa api yang dipercayai merebak dari bahagian bilik.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Timbalan Penguasa Bomba Zukeri Shafie berkata, menyedari kejadian itu pasangan suami isteri tersebut bergegas keluar menyelamatkan diri sebelum menghubungi pihak bomba.

Menurutnya, bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.07 pagi sebelum empat buah jentera dari balai Pengkalan Chepa dan Tunjung bergegas ke lokasi kejadian.

“Ketika sampai di lokasi kejadian, api didapati sudah merebak ke sebahagian besar rumah itu, namun kebakaran berjaya dikawal kira-kira 20 minit kemudian, katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Zukeri, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI