fbpx

Kemenangan KL City hadiah buat DBKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRESIDEN KL City, Tan Sri Annuar Musa meraikan kejayaan merangkul kejuaraan Piala Malaysia bersama barisan pemain dan kejurulatihan selepas menewaskan JDT pada Selasa lalu. FOTO: FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerima hadiah terbaik sempena ulang tahun ke-50 apabila Kuala Lumpur City FC (KL City) menjulang Piala Malaysia selepas menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Selasa lalu.

Skuad The City Boys itu bakal mengadakan majlis istimewa di Stadium Bola Sepak Cheras, Kuala Lumpur esok bagi menyambut kepulangan trofi keramat tersebut selepas menanti selama 32 tahun.

Presiden KL City, Tan Sri Annuar Musa menyatakan kemenangan yang diraih pasukan tersebut dikongsi oleh seluruh warga ibu kota sekali gus bakal menjadi detik terindah buat mereka.

“Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bakal menyambut ulang tahun ke-50. Kemenangan Kuala Lumpur City menjadi hadiah ulang tahun terbaik buat DBKL.

“Esok Stadium Bolasepak Kuala Lumpur menyambut Piala Malaysia. Artis yang turut serta adalah Sufi, Putera, Ara Johari, Wani Kayrie, Masya Masyitah, Nora, Jasper dan lain-lain,” katanya menerusi ciapan Twitter.

Sebagai rekod, KL City menamatkan kemarau kejuaraan Piala Malaysia selama 32 tahun selepas membenam JDT 2-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil Selasa lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI