fbpx

[KEMASKINI] tanah runtuh: Mayat pemandu lori ditemui, nasib pemandu Alphard belum diketahui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba sedang menjalankan operasi membawa keluar mayat pemandu lori yang maut dalam runtuhan tanah di Laluan FT 185, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley di Ipoh hari ini.-IHSAN JBPM PERAK

IPOH – Mangsa pertama yang terperangkap akibat runtuhan tanah di Laluan FT 185, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley di sini, berjaya ditemukan sekitar pukul 8 malam.

Mangsa, Muhammad Hafiz Hamdi, 31, yang terperangkap dalam lori dipandunya, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid.

Operasi mengeluarkan mayat mangsa sedang dijalankan Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak.

Menurut Mior Faridalathrash, selain lori tersebut, pasukan penyelamat turut menjumpai sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam keadaan terbalik.

Bagaimanapun katanya, jumlah mangsa yang berada dalam kenderaan itu belum dikenal pasti.

“Mangsa yang maut merupakan pemandu lori berusia 31 tahun dari Tanjung Piandang. Ahli keluarga mangsa turut berada di lokasi kejadian bagi membuat pengecaman.

“Operasi mengeluarkan mangsa sedang dijalankan namun keadaan lori yang ditimpa runtuhan tanah menyebabkan kerja-kerja berdepan kesukaran,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI