fbpx

Kelantan belanja lebih RM20 juta bantu usahawan IKS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustapa (tengah) pada Persidangan DUN Kelantan (Belanjawan) di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu hari ini. FOTO ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan sudah mengeluarkan peruntukan lebih RM20 juta bagi membantu usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) termasuk syarikat yang terjejas akibat Covid-19 bermula tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Hanifa Ahmad, berkata, jumlah bantuan itu melibatkan sebanyak 480 syarikat dan usahawan IKS.

Menurutnya, bantuan disalurkan dalam pelbagai bentuk termasuk wang tunai, sumbangan peralatan dan pengecualian bayaran sewa premis.

“Melalui pakej rangsangan ekonomi Kelantan pada tahun lalu, sebanyak RM4.32 juta diperuntukkan oleh kerajaan negeri bagi membantu premis di bawah kerajaan negeri dan syarikat berkepentingan dengan pengecualian bayaran sewa dua bulan.

“Usaha itu adalah bagi mengurangkan bebanan untuk membantu usahawan IKS semasa pandemik Covid-19. Bagi tahun ini, kita telah mengeluarkan dana sebanyak RM170,000 untuk setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) membabitkan kos keseluruhan RM7.5 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan Datuk Seri Mustapa Mohamed (Bersatu-Ayer Lanas) pada Persidangan DUN Kelantan (Belanjawan) di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI