fbpx

Hishammuddin siasat dakwaan anggota dibuli dalam kem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar ciapan di laman Twitter oleh seorang individu yang mendakwa adiknya menjadi mangsa buli dan dera di sebuah kem.

PETALING JAYA – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan melakukan siasatan segera dakwaan seorang individu yang memaklumkan adiknya menjadi mangsa buli dan dera di sebuah kem.

Hishammuddin dalam satu hantaran di laman Facebooknya hari ini meminta individu tersebut untuk membuat laporan terus kepada pihaknya dengan segera.

Jelas beliau, individu tersebut tidak perlu bimbang kerana identitinya akan dirahsiakan.

“Mohon individu disebalik mesej ini untuk DM (mesej langsung) butiran lebih terperinci terus kepada saya atau hubungi pejabat saya segera.

“Jangan risau, identiti anda akan dirahsiakan. Timbalan Menteri juga telah diarah untuk teliti perkara ini secara peribadi,” katanya di laman Facebook.

Tambah Hishammuddin, jika dakwaan itu sahih, tindakan tegas akan diambil.

Terdahulu, beliau telah berkongsi satu hantaran milik seorang individu di laman Twitter yang mendakwa adiknya telah menjadi mangsa buli dan pukul oleh beberapa anggota senior di sebuah kem bujang.

Dakwa individu terbabit, adiknya dipukul hampir setiap hari oleh anggota senior dan duit gajinya dikebas seniornya dan duit simpanan pun hampir habis.

“Bayangkan kena beli barang-barang keperluan untuk mereka (senior) 12 hingga 14 orang. Dia (adik) takut nak buat apa-apa, dia cakap kes-kes sebelum ini bila lapor pihak atasan, orang atasan hanya denda kawad 45 minit sahaja.

“Aku dah telefon balai polis, polis suruh keluarga buat aduan kat kem dahulu, tapi kalau jadi macam kes arwah Zulfarhan tu macam mana?,”soal individu terbabit.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI