fbpx

Bayi pilih sekolah, bukan hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar berkenaan seorang PPM yang mengadu kesakitan hendak bersalin dan memaksanya untuk menjadi bidan terjun bagi menyambut kelahiran bayi tersebut.

PETALING JAYA – “Puas pujuk bayi keluar dekat hospital, tetapi dia nak dekat surat beranak tulis tempat lahir di sekolah.”

Itulah perkongsian seorang wanita yang terpaksa menjadi bidan terjun apabila seorang pembantu pengurusan murid (PPM) memaklumkan rasa sakit untuk bersalin di sebuah sekolah kebangsaan di Masjid Tanah, Melaka baru-baru ini.

Berdasarkan satu posting yang dikongsikan oleh Norazura Zikir di Facebook, wanita itu cemas apabila diberitahu oleh PPM itu yang dia berasa seperti hendak bersalin.

Selepas mendapat berita tersebut, bidan terjun itu terus berlari ke pejabat dan menyuruh seorang pekerja menghubungi ambulans sambil meminta pertolongan daripada pengawal keselamatan apabila air ketumban wanita tersebut sudah pecah.

“Sementara tunggu ambulans, PPM itu dah jerit-jerit tak tahan sakit, selepas itu air ketuban pula pecah.

“Dia kata tak boleh tunggu, sebab bayi dah nak keluar sangat, berlari saya dengan guru-guru lain tanya satu sekolah siapa boleh sambut bayi sebab saya tak berani, mujur ada mak cik ‘guard’ dan PT (pembantu tadbir) yang ‘cool’ tolong (saya),” katanya dalam Facebook.

Tambahnya, semasa ambulans dan jururawat sampai untuk melengkapkan urusan lain, mereka sempat memandikan dan membersihkan bayi tersebut dengan pemantauan jururawat dan ketika itu keadaan di sekolah sangat kecoh.

“Tunggu ambulans sampai untuk potong tali pusat dan keluarkan uri, sementara itu kami mandikan dan cuci bayi dengan pemantauan ‘nurse’, kami pakai sahaja besen apa yang ada.

“Ramai mak-mak angkat yang sambut dia, cikgu-cikgu lelaki dan guru besar pun cemas satu sekolah dah macam isteri mereka nak bersalin, semua tak sabar nak tengok bayi,” jelasnya lagi.

Keadaan bayi tersebut juga telah selamat dilahirkan dan ustaz di sekolah tersebut telah mengazankan bayi perempuan berkenaan.

Perkongsian tersebut mendapat lebih 6,000 reaksi dan dihujani lebih 1,200 komen di media sosial Facebook. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI