fbpx

42 PATI ditangkap selepas ditinggalkan dalam lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara warga asing yang ditahan polis di Jalan Besar, Parit 3 Sungai Burong, Tanjong Karang, Selangor hari ini.

KUALA SELANGOR – Sekumpulan 42 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang baru tiba di negara ini berjaya ditangkap selepas ditinggalkan di dalam sebuah lori di Jalan Besar, Parit 3 Sungai Burong di sini, hari ini.

Kesemua PATI Indonesia berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira pukul 2 pagi hasil rondaan cegah jenayah di kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, sepasukan anggota termasuk pegawai dari Balai Polis Tanjong Karang pada mulanya mengesan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan di jalan berkenaan.

Katanya, hasil pemeriksaan menemui 34 lelaki dan lapan wanita asing menaiki kenderaan tersebut.

“Pemandu lori itu didapati telah melarikan diri meninggalkan kesemua PATI yang dipercayai baru tiba di negara ini menerusi laluan yang tidak diwartakan.

“Kesemua PATI serta lori kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI