fbpx

40 teman lelaki dalam tiga tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar berkenaan buku log seorang wanita yang dipenuhi nama-nama bekas kekasihnya.

PETALING JAYA – Tular beberapa keping gambar yang dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial dipercayai buku catatan nama-nama bekas kekasih kakaknya sehingga mendapat pelbagai reaksi orang ramai.

Menerusi perkongsian gambar seorang pengguna laman sosial Twitter baru-baru ini, kakaknya itu dipercayai telah mempunyai seramai 40 orang bekas kekasih pada tahun 2012 sehingga 2014.

Berdasarkan gambar yang dikongsian oleh wanita tersebut, kakaknya itu telah membuat satu susunan lengkap nama bekas kekasih berserta tarikh, masa mula bercinta dan putus cinta.

“Tengah kemas-kemas barang, terjumpa satu buku log kakak saya, berdekah saya berapa ramai bekas kekasih dia masa sekolah, siap ada masa lagi,” katanya dalam perkongsian tersebut.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial terhibur dengan perbuatan kakaknya yang begitu teliti mencatat segala permulaan dan pengakhiran hubungannya bersama bekas kekasih dan ada juga yang membuat pelbagai spekulasi.

“Ikut penilaian saya, dia ini kecewa dengan Amzar, sebab jadi buaya, selepas putus dengan Amzar, dia terus buli semua lelaki,” kata Iman Raza.

“Mula bercinta dengan Madi pukul 5.30 pagi, mungkin waktu itu, Madi nak ke masjid untuk imamkan solat subuh, rugi kalau dia putus dengan Madi,” ujar Munirah Mohamed.

“Kasihan Miju bercinta sehari sahaja, pukul 10.55 malam mula dan pukul 8.05 malam esok putus, mana dia nak letak muka?,” soal Abu Rock.

Perkongsian tersebut mendapat lebih 3,300 reaksi dan dihujani lebih 1,900 komen di media sosial Twitter. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI