fbpx

3 lelaki cedera, tempat pengisar arang batu terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadamkan kebakaran sebuah kilang simen di Gopeng pagi tadi.

GOPENG – Tiga lelaki termasuk seorang warga Bangladesh cedera setelah tempat pengisar arang batu terbakar dalam kejadian di sebuah kilang simen di Gopeng dekat sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 6.40 pagi.

Katanya, kejadian melibatkan kebakaran tempat pengisar arang batu yang menyebabkan letupan kecil hingga mencederakan tiga pekerja.

“Dua lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an cedera di bahagian tangan dan dada manakala lelaki warga Bangladesh pula cedera ringan.

“Mangsa yang cedera diberi rawatan awal oleh anggota sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, operasi pemadaman dilakukan di lokasi kejadian dan tamat pada pukul 8.50 pagi. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI