fbpx

Varian Omicron: Malawi pula tersenarai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Satu lagi negara iaitu Malawi tersenarai dalam sekatan perjalanan sama ada penerbangan terus atau transit ke negara ini, susulan laporan penemuan varian baharu Omicron.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ini menjadikan sehingga hari ini lapan negara dalam senarai sekatan perjalanan dengan tujuh yang lain ialah Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia dan Zimbabwe.

“Kementerian Kesihatan (KKM) pada 26 November lalu telah menyenaraikan negara berikut Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia dan Zimbabwe berhubung sekatan ini.

“Hari ini ada pertambahan satu lagi negara iaitu Malawi,” katanya pada sidang akhbar mengenai perkembangan terkini varian baharu Omicron di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI