fbpx

Usul bunuh gorila bangkit kemarahan orang awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Populasi gorila di zoo Eaza terdiri daripada 463 ekor (212 jantan, 250 betina dan satu jantina tidak diketahui) di 69 institusi. - deepblue4you/ Getty Images/ iStockphoto

AMSTERDAM – Persatuan Zoo dan Akuaria (Eaza) mencetuskan kemarahan orang awam apabila membuat cadangan untuk menghapuskan beberapa ekor gorila berikutan populasi haiwan berkenaan yang semakin meningkat di zoo-zoo seluruh Eropah, lapor laman berita Wion News.

Susulan usul tersebut, orang ramai melancarkan kempen menyelar rancangan itu. Mereka sebaliknya mahu haiwan berkenaan dikembalikan ke habitat liar di hutan. 

Persatuan yang memelihara 463 beruk besar termasuk gorila di 69 lokasinya itu sedang mencari jalan penyelesaian untuk mengurangkan populasi gorilla tanah rendah disebabkan lebihan populasi di fasiliti-fasiliti kendaliannya.

Seekor gorila tanah rendah barat mencatatkan skor kepintaran (IQ)  antara 70 hingga 90. Markah tersebut tidak jauh dari skor 85 hingga 115 yang biasanya dicatat oleh manusia.

Selain cara itu, persatuan sama juga mempertimbangkan untuk mengebiri (membuang alat pembiakan) haiwan berkenaan dan menempatkan gorila jantan dewasa berasingan dengan gorila betina. 

Menurut pelan tindakan gorila yang diberitahu kepada pemegang-pemegang sahamnya, pemusnahan adalah ‘alat yang paling sesuai’ dari segi biologi.

“Kelemahan utama pilihan ini adalah ia menjadi kontroversi di kebanyakan negara dan di beberapa negara lain ia adalah menyalahi undang-undang.

‘’Sebarang perbincangan mengenai pemusnahan boleh membakar emosi dengan mudah kerana orang ramai mempunyai perasaan belas kasihan kepada gorila, demikian menurut dokumen pelan tindakan Eaza. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI