fbpx

Tak perlu tutup Parlimen – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

PUTRAJAYA – “Tiada keperluan untuk menutup perjalanan Parlimen,” kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan (KKM) mempunyai kerangka strategi serta berpengalaman dalam menangani dan menguruskan kes jangkitan Covid-19.

“Kalau kita buat ujian saringan kerap di Parlimen iaitu setiap dua hari, kita dapat mengesan kes dengan cepat dan mengasingkan mereka yang disahkan positif.

“Maka tidak ada keperluan menutup perjalanan Parlimen. Kita ada pengalaman, kerangka strategi serta vaksinasi dan sekiranya ada kes positif, kita asingkan mereka.

“Justeru, saya harapkan apabila berlaku kes, kita tidak perlu untuk melaksanakan pendekatan drastik seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), lockdown atau tutup Parlimen sebagainya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam media melaporkan, KKM mengesan 84 kes positif Covid-19 susulan Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Keempat Belas Dewan Rakyat yang kini sedang berlangsung, sejak 27 Oktober hingga 23 Disember depan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI