fbpx

Sistem autogate KLIA dihentikan sementara waktu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian penumpang beratur bagi proses check-in untuk penerbangan ke Langkawi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Penggunaan sistem autogate Jabatan Imigresen (JIM) diberhentikan sementara di pintu masuk antabangsa dan arahan tersebut adalah berkuat kuasa serta-merta, susulan kewujudan varian baharu Omicron (B.1.1.529).

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, langkah tersebut bagi memboleh pegawai imigresen yang bertugas menyoal pengembara mengenai sejarah perjalanan sama ada mereka mengunjungi negara berisiko tinggi atau sebaliknya.

“Penerbangan yang membawa penumpang dari negara yang melaporkan penularan Variant of Concern (VOC) Omicron atau negara berisiko tinggi berlaku penularan VOC Omicron yang disenaraikan, hanya dibenarkan masuk ke Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sahaja.

“Justeru, pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) perlu menyediakan gate khas bagi penerbangan tersebut,” jelasnya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, syarikat penerbangan bertanggungjawab mengenal pasti pengembara dari negara yang melaporkan penularan VOC Omicron atau negara berisiko tinggi berlaku penularan VOC Omicron yang disenaraikan menaiki penerbangan mereka.

“Maklumat pengembara tersebut mestilah dikemukakan kepada Pejabat Kesihatan KLIA untuk memudahkan pengendalian ketibaan pengembara negara yang melaporkan penularan VOC Omicron atau negara berisiko tinggi berlaku penularan VOC Omicron.

“Seterusnya, menyediakan laluan khas kepada pengembara yang telah dikenal pasti tiba dari negara yang melaporkan penularan VOC Omicron atau negara berisiko tinggi berlaku penularan VOC Omicron yang disenaraikan, untuk proses saringan kesihatan dan penyelarasan stesen kuarantin khas yang telah ditentukan oleh pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI