fbpx

Selamatkan rumah tangga dengan mengurat semula isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Para suami disaran supaya mengurat isteri semula seperti di awal perkenalan sebagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangga yang dalam pergolakan.

Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam, Fahmi Ramli berkata, ia mrupakan cara terbaik walaupun si isteri sudah memfailkan perceraian di mahkamah.

Katanya, jika seorang suami mengharapkan penyelesaian dari mahkamah untuk menyelamatkan rumah tangga ia sebenarnya sangat jarang berlaku kerana ramai beranggapan mahkamah adalah tempat bermulanya untuk ‘berperang’ seperti ada menang dan kalah.

“Seorang suami akan failkan pembelaan dan mungkin menafikan atau tidak mengaku benda yang telah dilakukan seperti memukul isteri dengan alasan dia masih sayangkan isteri.

“Cara untuk menyelamatkan bukan dengan cara melawan sebaliknya mengurat balik isteri seperti mana kita lakukan sebelum hendak berkahwin,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, cara lain untuk menyelamatkan rumah tangga adalah cuba untuk memujuk di luar mahkamah dengan berbincang secara baik.

Sehingga kini, perkongsian tersebut meraih lebih empat ribu tontonan di laman aplikasi TikTok. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI