fbpx

1,311 bagunan sekolah daif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RADZI Jidin, beramah mesra dengan pelajar Tingkatan 5 pada hari pertama persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Kurshah, Kuala Pilah, hari ini. GAMBAR : MOHD SHAHJEHAN MAAMIN.

PETALING JAYA – Terdapat 1,311 sekolah di seluruh negara memiliki bangunan daif, dengan 73 sekolah berada pada skala tujuh dan disahkan tidak selamat digunakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata, sebanyak 1,238 sekolah lagi mempunyai bangunan daif pada skala enam, iaitu disahkan tidak selamat oleh pihak teknikal Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

“Kos yang dijangka bagi menaik taraf dan membangun semula bangunan daif di semua sekolah berkenaan adalah sebanyak RM15.077 bilion.

“Bagaimanapun, pelaksanaan projek ini tertakluk kepada kelulusan agensi pusat dan kedudukan kewangan semasa kerajaan,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan asal Oscar Ling Chai Yew (PH-Sibu) yang ingin tahu mengenai jumlah sekolah daif yang belum diperbaiki dan kos yang diperlukan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI