fbpx

Pengoperasian KL ATCC tepat pada masanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ka Siong (kiri) menyerahkan cenderamata kepada Ismail Sabri (tengah) di Majlis Perasmian KL ATCC di Sepang hari ini. - Foto FAIZ ALIFF

SEPANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan pengoperasian Kompleks Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KL ATCC), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dirasmikan hari ini adalah tepat pada masanya.

Ia kerana, jelas beliau, pengoperasian KL ATCC berkenaan adalah ketika negara sedang mengambil tindakan untuk memulihkan ekonomi negara.

“Besar harapan saya agar pembukaan sempadan negara kelak akan merancakkan lagi sektor penerbangan awam, yang secara langsung akan memberikan kesan positif hasil limpahan kepada ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran KL ATCC di sini hari ini.

Menurut Ismail Sabri, kompleks tersebut menempatkan operasi perkhidmatan trafik udara bagi seluruh ruang udara Semenanjung Malaysia, Pusat Mencari Dan Menyelamat Negara serta Joint Airspace Management Coordination Center (JAMCC).

“Dengan adanya pusat kawalan secara bersepadu yang serba canggih ini, tentunya keupayaan dan kesiapsiagaan negara telah dapat dipertingkatkan untuk menghadapi situasi dunia penerbangan yang serba mencabar serta dapat menyokong masa depan generasi akan datang yang lebih cerah.

“Melalui penyediaan sistem dan peralatan kawalan trafik udara yang baru dan lebih efisyen ini, ia secara langsung akan mampu mempertingkatkan tahap kecekapan perkhidmatan trafik udara negara, setanding dengan negara maju di dunia,” katanya.

Selain daripada itu, ujar beliau, pertambahan jumlah pergerakan pesawat dan peningkatan kapasiti ruang udara yang akan terhasil daripada Projek KL ATCC baharu ini.

Katanya, ia sekali gus akan memberikan impak positif kepada
sektor ekonomi negara, terutamanya dalam sektor penerbangan awam yang mengalami kemerosotan amat ketara sejak tersebarnya pandemik Covid-19 pada awal 2020.

Beliau berkata, kemerosotan itu menyebabkan penutupan sempadan antarabangsa yang menjejaskan industri pengangkutan udara, namun trend peningkatan semula sektor tersebut dijangka pulih kembali menjelang tahun 2025. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI