fbpx

Pengambilan pekerja asing perlu persediaan rapi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah menandatangani plak sebagai gimik pelancaran permohonan visa secara atas talian (eVISA) sempena majlis sambutan Hari Imigresen 2021, hari ini.

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak boleh tergesa-gesa membawa pekerja asing masuk ke negara ini sebaliknya ia memerlukan persediaan rapi termasuk mengambil kira faktor keselamatan kesihatan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kerajaan perlu memastikan pekerja asing yang akan di bawa ini bebas dari sebarang jangkitan dan penularan Covid-19.

Beliau berkata, pemilihan pekerja asing dari kawasan tertentu juga penting dan ia mengambil masa yang agak lama.

“Sebab itu, apa yang kita mahu lakukan ini perlu ada kepastian. Saya akui kemasukan pekerja asing dapat membantu memulihkan sektor ekonomi tetapi apa akan jadi jika tiba-tiba varian baharu Covid-19 di kesan di negara ini?

“Siapa kita nak salahkan (jika penularan jangkitan berlaku) atau saya yang akan dipersalahkan nanti,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis sambutan Hari Imigresen 2021 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan dibuat Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham yang mendakwa kenaikan harga barangan ketika ini disebabkan kegagalan kerajaan menangani isu kekurangan tenaga kerja. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI