PETALING JAYA – Drama kemenangan bersejarah pasukan Kuala Lumpur City (KL City) menjulang trofi Piala Malaysia menundukkan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan keputusan 2-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam semakin hangat.
Angkara terlalu angkuh dan pasti JDT akan menang perlawanan itu, seorang peminat berani membuat kenyataan akan berbogel dari Kuala Lumpur sehingga Johor.
Menerusi satu hantaran @unwoar di Twitter, beliau memuat naik satu video berdurasi 34 saat memaparkan pemuda tersebut berjanji akan membuka baju serta seluar daripada Kuala Lumpur hingga ke Johor jika JDT tewas pada perlawanan itu.
“Kalau KL boleh kalahkan Johor malam ini aku bogel daripada KL sampai ke Johor bro. Bogel tahu, aku bogel, serius aku cakap bukan sembang punya.
“Tidak pernah dalam sejarah KL boleh kalahkan Johor. Hidup JDT! Aku bogel daripada KL sampai Johor,” katanya berdasarkan klip video tersebut.
Rata-rata orang ramai meminta beliau untuk menunaikan janji yang telah dibuatnya setelah pasukan JDT tewas pada perlawanan tersebut.
“Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata kena bogel dari Kuala Lumpur hingga ke Johor,” kata @HasanQamal.
“Tak payah sampai Melaka. Dapat tengok dia jalan bogel dari KL ke Nilai pun cukuplah hahaha,” ujar Faizal Riduan.
Namun difahamkan, menerusi satu hantaran gambar yang dimuat naik oleh @k_izzudin di Twitter memaparkan perkembangan terkini individu itu yang tidak jadi menunaikan perjanjian itu ekoran masalah kesihatan. – K! ONLINE