fbpx

Melayu paling ramai mati akibat jangkitan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas yang terlibat menguruskan jenazah Covid-19 di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Klang. -ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Melayu merupakan kaum yang paling ramai meninggal dunia akibat dijangkiti Covid-19 dari tahun 2020 hingga November 2021 di Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, berdasarkan rekod mendapati 4,696 kes kematian melibatkan Melayu diikuti Cina (1,800 kes), India (1,285 kes) dan lain-lain 52 kes.

“Manakala individu bukan warganegara pula mencatatkan 1,718 kes kematian.

“Sebanyak 9,551 kes kematian akibat Covid-19 dicatatkan pada tahun ini sehingga November lalu manakala untuk sepanjang tahun 2020 pula merekodkan 66 kes kematian,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Beliau berkata demikan bagi menjawab pertanyaan lisan Lau Weng San (PH-Banting) berhubung jumlah kematian akibat Covid-19 mengikut pecahan kaum di Selangor.

Siti Mariah yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang menjelaskan sejumlah 775 kes kematian individu yang telah lengkap divaksinasi dicatatkan dari 1 Jun sehingga 24 November tahun ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI