SEWAKTU menjadi tetamu undangan dalam program Master In The House baru-baru ini, aktor Lee Seung-gi berbicara tentang kepayahan menjalani kehidupan seharian gara-gara kurang pandai berkomunikasi dengan orang lain.
Dalam episod Sabtu lalu, Kim Chang-ok yang terkenal sebagai individu paling pandai berkomunikasi dipilih menjadi ‘master’.
Ketika bercerita, Seung-gi mendedahkan, ada ketikanya dia menempuh hubungan yang sukar dengan seseorang kerana kepayahan berkomunikasi.
Dedah pelakon drama Mouse itu, masih ada segelintir pelakon senior yang menganggap dirinya seperti seorang budak sekolah.
“Saya memulakan debut pada 2004 dan sekarang tahun ke-18 saya dalam industri.
“Saya semakin tua dan matang tetapi ada sesetengah senior yang masih melayan saya seperti seorang pelajar sekolah menengah,” katanya.
Bagaimanapun, Seung-gi tidak mendedahkan siapakah individu yang dimaksudkannya.
“Mereka ini kalau setiap kali berbual, akan buatkan saya berasa sangat kekok,” ujarnya lagi.