fbpx

Kren tumbang hempap lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa tersepit dihempap kren di Jalan Petanak, Kuching.

KUCHING – Seorang lelaki tersepit apabila sebuah kren tumbang lalu menghempap mangsa di Jalan Petanak, dekat sini hari ini.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.21 petang berkenaan kejadian.

“Satu pasukan operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Patrick Mawong, dikerahkan ke tempat kejadian bersama lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan.

“Operasi itu turut disertai oleh tiga anggota daripada unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM), dua anggota Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) dan sebuah jentera,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Jelasnya, pihaknya terpaksa menunggu bantuan daripada kontraktor untuk mengalihkan kren yang tumbang bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Tambah beliau, mangsa dipercayai berusia lingkungan 50-an.

“Keadaan serta identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti kerana operasi mengeluarkan mangsa masih berjalan,” ujarnya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI