fbpx

Jahidah selamat lahirkan bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Jahidah yang dijaga adiknya Fauziah Nordin ketika ditemui di rumahnya di Bandar Sri Sendayan, di sini baru-baru ini. FOTO: MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN – Mangsa keganasan rumah tangga, Jahidah Nordin selamat melahirkan bayi lelaki dalam kandungannya secara pembedahan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban di sini malam tadi.

Adiknya, Fauziah Nordin, 40, kakaknya Jahidah, 43, telah menjalani pembedahan kecemasan kira-kira pukul 9 malam.

“Alhamdulillah kak Jahidah sudah lahirkan baby, pembedahan kecemasan pukul 9 (malam). Esok kena ke hospital tengok baby,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya hari ini.

Jelas Fauziah, kakaknya kini berada dalam pemantauan 24 jam oleh petugas hospital.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan Jahidah yang sedang hamil dijangka bakal melahirkan bayi dalam kandungannya secara pembedahan hari ini.

Jahidah telah dimasukkan ke Wad Obstetrik dan Ginekologi, HTJ sejak 22 November lalu tetapi pihak keluarga tidak dibenarkan melawat kerana prosedur sangat ketat.

Keadaan Jahidah yang dijaga adiknya Fauziah Nordin ketika ditemui di rumahnya di Bandar Sri Sendayan, di sini baru-baru ini. FOTO: MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

Doktor memaklumkan bahawa wanita itu bakal berhadapan pelbagai komplikasi respiratory distress (kesukaran pernafasan), pendarahan, jangkitan kuman, cardiact arrest (jantung terhenti) dan kematian.

Dalam kejadian pada 4 Mei lalu, Jahidah, yang menetap di Johor Bahru koma disebabkan kecederaan parah pada kepala dengan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak dipukul suaminya yang berusia 38 tahun.

Jahidah pada mulanya dimasukkan je ICU Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan kemudian dipindahkan ke HTJ Seremban atas permintaan keluarga dan nasihat pihak hospital.

Sebelum ini pada 17 Jun lalu, suami mangsa, Rosmaini Abd. Raof mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor atas pertuduhan memukul isterinya yang hamil sehingga koma dalam kejadian pada 4 Mei lalu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI