PETALING JAYA – Peminat makanan keluaran Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. (Gardenia) kini dapat menambah lagi pilihan produk melalui pelancaran ban coklat berkrim Gardenia QuickBites Gold.
Di bawah jenama QuickBites yang telah dilancarkan pada bulan Julai lalu, syarikat kini menawarkan rangkaian roti krim premium baharu melalui dua variasi istimewa iaitu QuickBites Gold Black Forest dan QuickBites Gold Karamel Masin.
Pengurus Pemasaran Gardenia, Lavinia Anthony berkata, dua variasi baharu itu bakal menyerlahkan keceriaan untuk semua lapisan masyarakat.
“Pelancaran rangkaian baharu ini sudah tiba dan bertepatan pada masanya apabila rakyat telah mula kembali kepada norma baharu.
“Ban coklat premium berkrim yang kaya dengan Black Forest dan Karamel Masin pasti menjanjikan keceriaan kepada pelanggan,” katanya dalam kenyataan.
Selain itu, Gardenia menerangkan, pihaknya telah melabur dalam kempen pemasaran dan komunikasi secara bersepadu untuk memperkenalkan produk makanan tersebut di pasaran.
Tambah beliau, Gardenia QuickBites Gold merupakan snek yang lebih memuaskan cita rasa seluruh isi keluarga pada bila-bila masa dan boleh didapati di mana-mana kedai berdekatan.
“Nikmati kelazatan yang tiada tandingan iaitu Gardenia QuickBites Black Forest Gold dan QuickBites Karamel Masin Gold,” jelas Lavinia.