fbpx

Derbi Merseyside dijangka meledak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALCANTARA (kanan) terpaksa berehat selama tiga bulan selepas menerima terjahan keras daripada Richarlison pada aksi EPL di Goodison Park pada musim lepas. – AGENSI

LIVERPOOL – Pertembungan derbi Merseyside antara Everton dan Liverpool pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) diharapkan tidak meledak dalam kalangan penyokong kedua-dua pasukan yang bakal berlangsung di Goodison Park awal pagi esok.

Perseteruan kedua-dua kelab tetangga itu memuncak sebelum ini selepas dua bintang The Reds, Thiago Alcantara dan Virgil van Dijk mengalami kecederaan se­rius disebabkan aksi keras pemain The Toffees tahun lalu.

Pada aksi di Goodison Park Oktober tahun lalu, Alcan­tara diasak oleh pemain lawan, ­Richarrlison hingga menyaksikannya mengalami kecederaan dan tersisih selama tiga bulan.

Sementara itu, Van Dijk pula terpaksa menamatkan saingan lebih awal musim lalu apabila mengalami kecederaan lutut selepas diterjah oleh penjaga gol, Jordan Pickford.

Kedua-dua kelab Merseyside sudah pastinya tidak mahu sebarang kejadian tidak diingini berlaku dan Alcantara mene­gaskan, memang aksi derbi akan selalu istimewa dan ke­ghairahan akan memuncak bukan hanya buat pemain bahkan kepada para penyokong kedua-dua pasukan.

“Perlawanan derbi sentiasa menjadi sesuatu yang istimewa dan ‘panas’, namun pada fikiran kami sekarang adalah perlawanan tersebut nanti sama seperti aksi lain dan kami perlu berikan segala-galanya.

“Kami akan anggap menentang Everton sekadar perlawanan di tempat lawan. Inilah detik yang kami tunggu dan kami mahu bermain bola sepak dan membawa pulang tiga mata.

“Tidak kiralah dalam tempoh sehari, dua atau tiga hari, kami hanya mahu bermain bola sepak,” kata Alcantara. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI