fbpx

ATM tahan seorang PATI, rampas rokok bernilai RM4.5juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang PATI ditahan bersama sebuah lori yang membawa sebahagian muatan rokok seludup dianggarkan bernilai RM4.5 juta di Merapok, Lawas, Sarawak tengah malam tadi.

PETALING JAYA – Seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang juga dalang penyeludupan rokok putih dicekup oleh pihak berkuasa dalam satu operasi di Merapok, Lawas, Sarawak tengah malam tadi.

Selain menahan seorang PATI, operasi yang dilaksanakan oleh Tentera Darat Malaysia (TDM) di bawah Formasi Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen) itu berjaya merampas 30,000 karton rokok putih (tidak bercukai) yang dianggarkan bernilai RM4.5 juta.

Markas Divisyen Pertama Infantri berkata, sebelum penahanan tersebut dilakukan, anggota sedang melaksanakan rondaan di kawasan Tanjung Enasan Tinggi, Bukit Skaban telah berjaya mengesan pergerakan dua buah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan oleh empat orang individu.

Bagaimanapun, ketika ditahan untuk pemeriksaan, tiga daripada empat individu berkenaan berjaya melarikan diri.

“Hasil siasatan lanjut mendapati lori-lori berkenaan sedang membawa 30,000 karton rokok putih, manakala individu lelaki yang berjaya ditahan berusia 35 tahun itu merupakan PATI berikutan tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM4,708,700.00 melibatkan dua buah lori iaitu sebuah lori jenis Isuzu NPR 150 (RM100,700) dan sebuah lori Hino ( RM108,000 ) serta 30,000 karton rokok putih (RM4.5 juta).

Tambah kenyataan itu, kesemua rampasan telah diklasifikasikan sebagai kes dibawah Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967 memiliki barangan tanpa cukai.

Manakala, PATI yang ditahan telah diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI