ALENCIA, Sepanyol – Sebelum persaraan pelumba legenda Itali, Valentino Rossi yang bersaing buat kali terakhir pada Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) bagi Grand Prix (GP) Valencia, dia dikejutkan dengan kunjungan istimewa legenda bola sepak dunia, Ronaldo.
Rossi sebelum ini mendedahkan bahawa idolanya itu menjadi faktor utama buat dirinya meminati sukan bola sepak dan menyokong kelab Inter Milan.
Bagaimanapun, menyaksikan bekas bintang antarabangsa Brazil itu turut membantu Rossi untuk memahami bagaimana perasaan menjadi seorang peminat sekali gus menyedari betapa pentingnya menghargai sokongan ramai di litar perlumbaan.
“Saya menjadi penyokong Inter disebabkan oleh kehadiran Ronaldo. Sebelum itu saya tidak mengikuti sangat mengenai sukan bola sepak.
“Ketika saya masih kecil, saya menyokong pasukan Sampdoria, kemudian Ronaldo berhijrah ke Inter dan ia memberi keterujaan kepada saya,” kata Rossi.
Ronaldo yang merupakan pemenang Piala Dunia, beraksi bersama Inter Milan dari tahun 1997 sehingga 2002 dan apabila dia mendapat gelaran The Phenomenon daripada media, maka sejak itu Ronaldo menjadi idolanya. – AGENSI