fbpx

Wujudkan liga bola sepak pantai domestik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD AMZAD (tiga dari kiri) bergambar bersama skuad Markless Komii yang menjuarai kejohanan Festival Bola Sepak Pantai AFF di Pattaya, Thailand pada majlis keraian di Kuala Terengganu semalam. – TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

KELAB bola sepak pantai, Markless Komii berharap kejuaraan yang dirangkul pada Festival Bola Sepak Pantai AFF baru-baru ini dapat membuka jalan kepada kewujudan liga bola sepak pantai domestik dalam masa terdekat.

Penolong Pengurus Markless Komii, Ahmad Mujahid Ali berkata, bagi peringkat permulaan, penganjuran liga peringkat negeri wajar diadakan bagi mencungkil lebih ramai lagi pelapis dan bakat baharu dalam sukan itu.

Beliau berkata, bola sepak pantai berpotensi tinggi untuk diketengahkan walaupun sukan berkenaan kurang popular di negara ini.

“Kita ketandusan pemain sedangkan pasukan bola sepak pantai negara kini berada di kedudukan ranking pertama Asia Tenggara dan ke-77 dunia.

“Sukan ini tidak memerlukan pelaburan besar seperti pembinaan stadium. Sebenarnya kami ada liga dalaman yang aktif di Kemaman, Terengganu, namun masih belum mencukupi,” katanya.

Terdahulu beliau ditemui sewaktu diraikan Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang juga ­Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim di Kuala Terengganu semalam.

Pada Festival Bola Sepak Pantai AFF, kelab bola pantai itu ­beraksi mantap mengatasi All Star Inter 13-3 pada aksi pembukaan sebelum mengalahkan Thailand A 5-4 dan Thailand B 5-3 untuk bergelar juara kejohanan yang diadakan di Pattaya, Thailand itu.

Ahmad Mujahid berkata, Markless Komii hanya melakukan latihan singkat selama empat hari di Pantai Teluk Ketapang, Kuala Nerus sebelum menyertai kejohanan peringkat Asia Tenggara berkenaan.

“Saya percaya kita memiliki ramai pemain berbakat yang boleh dicungkil bakatnya menerusi penganjuran pertandingan kompetitif,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI