fbpx

Tempah kain selempang, mortar board rai konvokesyen di Jakarta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NABILA Laila Ramadany menggayakan kain selempang dan mortar board yang ditempah khas dan bergambar kenangan bersama keluarganya di Jakarta bagi meraikan hari konvokesyennya hari ini.-IHSAN NABILA LAILA RAMADANY

SEREMBAN – Seorang graduan antarabangsa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai dari Jakarta, Indonesia sanggup menempah kain selempang sendiri sempena hari konvokesyennya hari ini.

Nabila Laila Ramadany, 22, graduan Ijazah Sarjana Muda Kaunseling USIM berbuat demikian selepas dia tidak dapat menghadirkan diri ke Majlis Konvokesyen USIM Ke-19 di Nilai dekat sini.

“Agak sukar untuk merentas sempadan negara ketika ini, oleh itu saya telah menempah mortar board secara dalam talian berharga 20,000 rupiah (RM5.88) termasuk selempang 40,000 rupiah (RM11.75) yang diletakkan logo USIM sebagai kenangan.

“Saya juga telah menempah pakaian dan mengambil perkhidmatan jurugambar bagi merakamkan gambar kenangan saya bersama keluarga. Walaupun agak sedih kerana tidak dapat bersama rakan-rakan yang lain tapi saya gembira dapat bergambar bersama keluarga di sini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Nabila Laila, dia yang bercita-cita menjadi seorang kaunselor bahagian kanak-kanak mengakui terpaksa berjauhan dengan keluarga antara cabaran dihadapinya sepanjang pengajian di USIM.

“Pelbagai cabaran yang dihadapi sepanjang melanjutkan pengajian di USIM, selain berjauhan dengan keluarga saya juga mengalami perbezaan makan dan perlu menguasai dua bahasa.

“Cabaran itu saya hadapi dengan baik dan simpan sebagai kenangan,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI