fbpx

Sistem pengeringan UniMAP bantu tingkatkan pengeluaran gentian kenaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jazman (dari kiri) bersama Azman, Nurulhisham dan Zaliman Sauli semasa majlis menandatangani MoA antara KTG dan UniMAP di Industrial Kenaf Integrated Park, Batu Bertangkup, hari ini.

PADANG BESAR – Kenaf Venture Global Sdn. Bhd. (KVG) melalui anak syarikatnya, Kenaf Technologies Global (KTG) menyasarkan peningkatan sebanyak 40 peratus terhadap pengeluaran gentian kenaf tidak lama lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif KVG, Jazman Shahar B. Abdollah berkata, usaha sama tersebut dijangka mampu meningkatkan margin keuntungan syarikat kerana mampu memendekkan proses produksi di kilang.

Katanya, waktu yang diperlukan untuk mengeringkan gentian kenaf secara konvensional memakan masa antara dua hingga tiga hari berbanding hanya sehari apabila menggunakan mesin yang akan dibina itu.

“Apabila kita dapat mengurangkan jumlah hari untuk proses pengeringan, ia secara tidak langsung akan menurunkan kos operasi dan dalam masa sama dapat meningkatkan kapasiti pengeluaran.

“Kami yakin sistem ini adalah selaras dengan usaha syarikat untuk mencapai sasaran keluasan penambahan kenaf sehingga 1,500 hektar di negara ini pada masa depan,” katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum perjanjian (MoA) antara KTG yang diwakili Pengasas Bersama dan Presiden Kumpulan KVG, Azman Ahmad dan Naib Canselor UniMAP, Prof Dr. Zaliman Sauli di Industrial Kenaf Integrated Park, Batu Bertangkup di sini hari ini.- K! ONLINE

-habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI