fbpx

‘Sebak dapat balik jumpa ayah, jangan lockdown lagi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesawat Singapore Airlines SQ108 yang pertama membawa Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) Udara tiba di KLIA selepas kerajaan membenarkan kemasukan pelancong Malaysia ke Singapura bermula kuatkuasa hari ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

SEPANG – “Sebak rasanya dapat jejak kaki balik ke Malaysia. Lebih setahun tak dapat jumpa ayah,” kata Nita Kaur, salah seorang daripada rakyat Malaysia dari Singapura yang pulang ke tanah air menerusi Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL-Udara).

Wanita berusia 50-an yang bekerja di Singapura dan tidak bertemu bapanya sejak Ogos tahun lalu, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini dengan pesawat Singapore Airlines SQ108.

Nita memberitahu, sepanjang berkelana di Singapura, dia sa­ngat merindui bapanya yang tinggal di Muar, Johor, malah hampir setiap hari menghubungi insan tersayang itu secara video call bagi melepaskan kerinduan.

“Saya dan keluarga berada di Singapura, tetapi ayah di sini. Sangat gembira, teruja dan sedikit beremosi apabila akhir­nya dapat pulang ke tanah air.

“Tak sabar nak jumpa ayah dan saya harapkan, tiada lagi lockdown selepas ini… tolonglah, cukuplah,” katanya sebak kepada pemberita ketika ditemui di KLIA di sini semalam.

Seorang lagi rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, Khadijah Ahmad, 54, pula meluahkan rasa syukur apabila mengetahui kedua-dua negara bersetuju untuk melaksanakan inisiatif VTL tersebut.

“Hampir dua tahun sejak pandemik Covid-19, saya tidak dapat pulang ke Malaysia, rasa gembira dan tak sabar-sabar untuk bertemu keluarga.

“Sebelum ini, saya memohon MyTravelPass untuk pulang ke tanah air, tetapi tidak diluluskan. Dengan pelaksanaan VTL, sudah tentu ia suatu usaha yang baik bagi membolehkan rakyat Malaysia di Singapura pulang ke tanah air lebih kerap untuk bertemu keluarga,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI