fbpx

RYÖTJONES dari dunia indie ke arus perdana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN RYÖTJONES mahu mencuba pasaran muzik arus perdana dengan mempertaruhkan single bahasa Melayu berjudul Tanpamu.

DIANGGOTAI lapan pemuzik, kumpulan mahu dikenali sebagai RYÖTJONES optimis dengan setiap pendekatan yang diambil demi masa depan muzik mereka.

Bukan sahaja inginkan perubahan dalam aliran muzik, apa yang lebih penting buat Hariez di posisi vokalis, Aaron Gideon (dram), Laura Lim (bass), Deo Karmawan (gitar), Joel Benson (keyboard), Jazmi Jamaludin (tenor saxophone), Banni Basyishar (tenor saxophone) dan Hafiz ‘Monk’ (trumpet) adalah untuk terus mengembangkan bakat mereka.

Sebagai pengenalan, RYÖTJONES muncul dengan single Tanpamu hasil ciptaan sepenuhnya oleh Ali Karma dan Jiwa, sekali gus menjadi lagu bahasa Melayu pertama mereka dengan penampilan vokalis baharu.

Deo Karmawan yang mewakili kumpulan RYÖTJONES berkata, kemunculan mereka dalam pasaran muzik arus perdana dan single bahasa Melayu antara lain untuk mengumpul lebih ramai peminat.

“Kami bermula sebagai pemuzik indie. Pada 2018 kami melancarkan single bahasa Inggeris berjudul Dancing Shoes. Tapi, baru sekarang ini nak mencuba pasaran ‘mainstream’.

“Menerusi lagu ini, kami juga nak mendapatkan lebih ramai pendengar, sekali gus boleh meminati muzik yang dibawa. Muzik yang diketengahkan juga berbeza daripada lagu sebelumnya,” kata Deo.

Mesej dalam lagu

Menurut Deo, kemunculan RYÖTJONES juga bagi menyampaikan mesej dalam lagu dengan cara dan pembawaan muzik yang diketengahkan.

“Dengan adanya vokalis baharu, jadi kami juga ambil keputusan untuk muncul dengan lagu bahasa Melayu. Sekali gus kami ingin tukar imej dan menjenamakan semula kumpulan kami. Paling penting juga, apa yang menjadi fokus kami adalah mesej yang ingin disampaikan dalam lagu Tanpamu ini.

“Apatah lagi, dalam kumpulan ini ada dua anggota berasal dari Indonesia. Disebabkan itu, bunyi muzik kami ada campuran Malaysia dan Indonesia. Ini juga mungkin menjadi kelebihan buat kumpulan kami,” katanya.

Berkongsi lanjut mengenai lagu Tanpamu, Deo berkata, lagu berkenaan berkisarkan perjalanan ‘move on’ selepas kehilangan sesuatu atau seseorang.
Lagu Tanpamu juga boleh dikaitkan dengan kehidupan semua orang yang pernah melalui situasi kehilangan.

Arahan Nadhir Nasar

Kejayaan beberapa pemuzik indie menembusi pasaran muzik arus perdana menjadi titik tolak buat kumpulan indie RYÖTJONES ingin mengikuti jejak sama.

Menariknya, lagu Tanpamu ini bergenre ‘up tempo’ dan bukannya melodi yang penuh kesedihan.

“Lagu ini berkenaan dengan ‘move on’ dalam perhubungan. Walaupun Tanpamu berkenaan kehilangan, tapi kami mengetengahkan muzik rancak. Bagi kami, kehilangan tak perlu dihadapi dengan kesedihan. Sebab perlu diberikan kegembiraan. Macam mana nak dapat kegembiraan itu, caranya kena ikhlas dulu.

“Lagu ini boleh dikaitkan dengan semua orang termasuk kami dalam kumpulan ini. Macam saya secara peribadi, sepanjang tempoh PKP, saya terpaksa menjual barang kesayangan. Memang sayang, tapi terpaksa lepaskan,” katanya.

Tanpamu diterbitkan dengan kerjasama dengan Universal Music Malaysia selaku pengedar dilancarkan secara rasmi di semua platform digital bermula pukul 19 November lalu.

Video muzik rasmi arahan pemenang Hero Remaja, Nadhir Nasar dan diterbitkan oleh Farahrizan Razak dilancarkan sejak 19 November lalu di saluran YouTube Universal Music Malaysia.

“Muzik video ini sangat menarik. Selain arahan pelakon Nadhir Nasar, jalan cerita yang ditampilkan juga memberi mesej tersendiri. Video itu memaparkan bagaimana cinta seorang lelaki terhadap dua perkara iaitu pasangan dan kereta. Jadi kena pilih mana satu perlu dilepaskan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI