fbpx

Ribut petir, hujan lebat landa 3 negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Amaran ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda beberapa kawasan di tiga buah negeri sehingga pukul 11 pagi nanti.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di laman Facebooknya berkata, cuaca tidak menentu itu melibatkan seluruh negeri Wilayah Persekutuan Labuan manakala beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah.

“Di Sarawak, antara kawasan yang terjejas ialah di Kapit, Miri (Marudi) dan Limbang.

“Sementara itu, di Sabah pula melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort) serta Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud),” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI