fbpx

Polis rampas rokok seludup, mercun dan bunga api RM34,100

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

LANGKAWI – Polis merampas rokok seludup, mercun dan bunga api yang dianggarkan bernilai RM34,100 dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Desa Impian di sini pada Jumaat lalu.

Dalam serbuan Op Kontraban kira-kira pukul 12.15 tengah hari itu, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun di sebuah premis runcit di Kuah di sini.

Serbuan susulan kemudian dilakukan di sebuah rumah di Taman Desa Impian kerana disyaki menjadi tempat simpanan barangan tersebut.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, suspek disyaki menjalankan aktiviti penjualan dan pengedaran rokok seludup atau tidak bercukai serta bunga api dan mercun tidak berlesen.

“Hasil serbuan kita merampas sebanyak 405 karton rokok dan 738 kotak mercun dan bunga api pelbagai jenis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, nilai rampasan rokok berjumlah RM24,520 manakala mercun dan bunga api bernilai RM9,580.

“Siasatan awal mendapati suspek mengaku menjual rokok seludup dan mercun secara haram,” ujarnya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI