PETALING JAYA – Pengasas dan juga Ketua Pegawai Eksekutif MyCar, Mohd Noah Maideen selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru, Klang semalam.
Terdahulu, jenazah dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh (HSB) hari ini akibat komplikasi jantung.
Allahyarham yang berusia 45 tahun menghembuskan nafas terakhir pada 11.40 pagi semalam.
Berita kematian arwah telah disahkan Pengurus Kanan Platform Apps Sdn. Bhd. Mohd. Shafiq Affendi Mohd. Abd. Rahman dan menjelaskan arwah dimasukkan ke HSB sejak sebulan lalu bagi rawatan jantung.
MyCar merupakan aplikasi e-hailing di negara ini yang sudah beroperasi sejak 1 Februari 2018.
Syarikat tersebut merupakan milik penuh Platform Apps Sdn Bhd dan dibangunkan melalui teknologi platform terkini dengan kerjasama syarikat teknologi maklumat dari Amerika Syarikat. – K! ONLINE