fbpx

Pemandu Perodua Alza jatuh Jambatan Pulau Pinang diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang diselamatkan pasukan APMM dan nelayan hari ini.

GEORGE TOWN – Pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza yang terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang di kilometer 3.4 arah Perai menghala ke pulau berjaya diselamatkan nelayan pantai petang tadi.

Mangsa lelaki berusia 31 tahun itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam laut sebelum diserahkan kepada pasukan Maritim Malaysia (APMM) pada pukul 3.45 petang.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Abd. Razak Mohamed berkata, bot Penggalang 12 bergegas ke lokasi kejadian bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat, namun terlebih dahulu diselamatkan nelayan.

“Mangsa seorang lelaki dipercayai dari Gelugor sebelum itu telah meninggalkan MPV Perodua Alza beserta barangan peribadinya di atas jambatan.

“Dia kemudiannya dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban dan diserahkan kepada pasukan ambulans Hospital Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.

“Maklumat terakhir yang diterima daripada pihak hospital, mangsa kini berada dalam proses rawatan dan dalam keadaan stabil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI