fbpx

Pasukan Skuasy Israel tetap tidak dibenar masuk Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Faizal (tengah) ketika mencuba peralatan memanah atlet pelapis ketika lawatan hari ini. /FOTO MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN – Setiap kali kejohanan antarabangsa dianjurkan di negara ini, Jabatan Imigresen sememangnya tidak membenarkan kemasukan atlet dari Israel.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, seperti sedia maklum Malaysia tiada hubungan diplomatik dengan Israel.

Katanya, negara ini tidak melakukan sebarang diskriminasi terhadap atlet daripada Israel dalam isu penolakan pemberian visa kepada pemain skuasy dari negara itu.

“Satu dunia tahu bahawa negara kita tiada hubungan diplomatik dengan Israel dan tidak benarkan mereka untuk ambil apa-apa bahagian dalam apa juga perkara di negara ini.

“Apabila kita anjurkan sukan-sukan antarabangsa, pihak Jabatan Imigresen tidak benarkan atlet-atlet ini untuk masuk,” katanya selepas merasmikan Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) Nilai, di sini hari ini.

Tambahnya, ketika persekutuan antarabangsa meletakkan Malaysia sebagai tuan rumah kejohanan antarabangsa sepatutnya mereka sedia maklum bahawa Malaysia tidak benarkan atlet dari Israel untuk mengambil bahagian.

Sebelum ini, Persatuan Skuasy Israel dimaklumkan akan membuat aduan berhubung perkara tersebut kepada Mahkamah Sukan di Switzerland jika Persekutuan Skuasy Dunia tidak dapat menyelesaikan isu berkenaan.

Mengulas berkenaan Kompleks Sukan Nilai itu, ujarnya, ia merangkumi keluasan lebih dua hektar yang telah memulakan kerja-kerja pembinaan pada 1 Jun 2020 dan bersedia menampung lebih 200 orang atlet. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI