fbpx

Pajakan tanah dua syarikat di Ladang Tennamaran dibatalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (lima kanan) bersama beberapa peneroka Ladang Tennamaram di bangunan SUK Selangor, hari ini.

SHAH ALAM – Kerajaan negeri membatalkan pajakan tanah seluas 39 hektar Ladang Tennamaran, Bestari Jaya dekat sini yang diberikan kepada dua syarikat iaitu Biasan Suria Sdn. Bhd. (Biasan Suria) dan Project Sdn. Bhd. (Trilion Project).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keputusan tersebut dibuat setelah mendapat persetujuan daripada dua syarikat itu serta hampir 400 peneroka kawasan tersebut.

“Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang bersidang pada 17 November lalu bersetuju untuk membatalkan pajakan tanah kepada dua syarikat ini.

“Tanah tersebut akan dipajakkan selama 21 tahun kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dengan semua peneroka bersetuju memajak tanah terbabit melalui perbadanan itu,” katanya pada sidang akhbar di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, di sini hari ini.

Kosmo! pada 7 April lalu melaporkan kira-kira 700 peneroka ladang kelapa sawit dan pekebun kecil di Kampung Tanjong Pasir dan Kampung Seri Makmur, Bestari Jaya di sini, mendakwa kerajaan negeri telah memajak tanah yang diusahakan mereka kepada tiga buah syarikat secara meragukan.

Susulan dakwaan itu, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Juwariya Zulkifli memaklumkan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor menjalankan siasatan dalaman dan semakan terperinci dijalankan berhubung isu pajakan tanah itu.

Dalam pada itu, Amirudin berkata, dua syarikat terlibat itu diberikan gantian pajakan di kawasan lain bagi tujuan pertanian dan penternakan.

“Di samping itu, kita juga berjaya menyelesaikan isu peneroka haram di tanah PKPS seluas 322 hektar di kawasan sama dengan pertikaian tanah antara peneroka berjaya diselesaikan di Ladang Tennamaran adalah 361 hektar,” ujarnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI