fbpx

Nilai sentimental kasut Sunhwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUNHWA

PENAMPILAN penyanyi Sunhwa dalam drama Work Later, Drink Now yang kini sedang hangat ditayangkan mencuri perhatian ramai gara-gara perkongsian lamanya dalam Instagram kembali menjadi bualan.

Perkongsian yang dimuat naik bekas anggota kumpulan Secret pada 2019 lalu menjadi buah mulut biarpun gambar tersebut kelihatan biasa-biasa sahaja.

Dalam foto berkenaan, Sunhwa memakai sehelai gaun bawah lutut bercorak petak berwarna hitam putih.

Bagaimanapun, foto Sunhwa menjadi perbualan ramai disebabkan sepasang but yang tersarung di kakinya.

Netizen mendapati, but tersebut merupakan hadiah daripada Kwang-hee yang menjadi pasangannya dalam program realiti popular, We Got Married.

“Malam musim luruh. Mak mengemas dan suruh saya buang but ini. Tapi saya kata tidak, saya boleh pakainya,” tulisnya pada ruangan kapsyen gambar tersebut.

Pada 2013, Sunhwa dan Kwang-hee menerima respons positif penonton impak keserasian yang terjalin dalam We Got Married meskipun adakalanya dipenuhi dengan kerenah lucu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI