fbpx

Niat bagi nasihat berpantang, sekali jadi kecaman ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar laman Facebook Ryzalibrahim.

PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita yang ‘menegur’ sepasang suami isteri berhubung isu berpantang akhirnya memakan diri apabila dia menjadi kecaman orang ramai yang rata-rata tidak bersetuju dengan pandangannya.

Situasi berlaku selepas wanita berkenaan memberi komen di gambar yang telah dimuat naik oleh Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim menerusi di akaun Facebooknya, @Ryzalibrahim.

Berdasarkan komen yang diberikan, wanita itu mendakwa pasangan muda zaman sekarang sangat berani untuk tidak mengikuti pantang dengan cara yang betul.

“Sewaktu saya bersalin dahulu, pantang memang kena jaga sampai anak hampir umur 2 tahun masih menjaga pemakanan. Rambut juga selama berpantang tidak boleh dilepaskan.

“Alhamdulillah anak sudah berusia 22 tahun kesihatan saya masih terjaga,” jelas wanita tersebut.

Susulan perkongsian itu, ramai netizen mengecam tindakan wanita tersebut yang terlalu mengikuti fahaman dan adat berpantang.

“Sampai anak 2 tahun je jaga itu ini. Selepas anak 2 tahun jaga lagi ke tidak? kalau tidak jaga, jangan sibuk hal orang,” kata @Mardianaa.

“Saya baru saja habis pantang. Kalau nak ikut sangat pantang tradisional memang satu kerja apa pun tidak jalan. Saya dua minggu pertama sahaja bertangas dan tungku. Jaga pemakanan dan jangan lasak sangat pada awal pantang,” ujar @schatten.

“Sebenarnya kena ikut tuan punya badan, tengok apa aktiviti semasa muda seseorang dengan cara pemakanan atau gaya. Sekarang ini penyakit datang, tak kira lepas bersalin atau sebelum bersalin kalau dah nak sakit tetap sakit,” jelas @fatehaizzati. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI