fbpx

Messi penerima Anugerah Ballon D’or 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Messi berjaya menewaskan penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski dan pemain tengah Itali, Jorginho untuk menjulang gelaran kali ketujuh. /Foto ihsan Facebook Lionel Messi

PARIS – Penyerang sensasi Paris Saint-Germain (PSG), Lionel Messi mengakui cukup berbangga selepas dinobatkan sebagai pemenang Ballon d’Or buat kali ketujuh pada majlis penganugerah yang berlangsung awal pagi tadi.

Pemain antarabangsa Argentina itu berkata, kemenangan tahun ini cukup istimewa kerana masih diberi kepercayaan untuk menjulang trofi ‘bola emas’ itu meskipun prestasi di peringkat kelab tidak begitu memberangsangkan.

“Luar biasa untuk sekali lagi berada di sini. Saya fikir dua tahun lalu adalah yang kali terakhir.

“Orang mula bertanyakan kepada saya bila akan bersara namun sekarang saya berada di sini dan saya cukup gembira,” katanya.

Messi, 34, membantu negaranya menjuarai Copa America, meledak 40 gol sepanjang 2021, 28 untuk Barcelona, empat ketika bersama PSG dan lapan kali gol dihasilkan buat Argentina.

Sebelum ini Messi memenangi anugerah ini pada 2009, 2010, 2011, 2012, 2015 dan 2019.

Pemain itu telah menewaskan penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski dan pemain tengah Itali, Jorginho dengan masing-masing di kedudukan undian kedua dan ketiga. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI