fbpx

MBI ambil alih kutipan sampah domestik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada petugas pembersihan MBI melakukan kerja-kerja membersihkan sampah haram. - Gambar hiasan

IPOH – Operasi kutipan sampah domestik di bandar raya ini akan diambil alih sepenuhnya oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sebagai langkah mengatasi masalah yang dihadapi oleh syarikat kontraktor yang dilantik.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, pengambilalihan sementara itu akan bermula esok bagi memastikan kerja-kerja kutipan sampah tidak menimbulkan masalah selain untuk mengatasi situasi semasa.

Menurut beliau, sepanjang tempoh itu petugas-petugas MBI akan melakukan kutipan sampah sepertimana mengikut jadual yang telah ditetapkan.

“Menerusi pengambil alihan sementara ini kita jangkakan isu kutipan sampah akan selesai menjelang pertengahan Disember.

“MBI juga akan menggunakan sebahagian daripada lori-lori dan jentera baharu yang dibeli untuk melancarkan lagi operasi tersebut selain penambahan tenaga kerja,” ujarnya.

Sejak September lalu, MBI terpaksa melakukan penjadualan semula operasi kutipan sampah domestik berikutan masalah tenaga kerja syarikat konsesi termasuk petugas dijangkiti Covid-19.

Bagaimanapun, isu kutipan sampah oleh syarikat konsesi masih tidak selesai menyebabkan timbul rungutan dalam kalangan warga bandar raya ini apabila longgokan sampah dibiarkan tidak dikutip sehingga beberapa hari. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI