fbpx

Mahkamah Sesyen benar kes Syed Saddiq pindah Mahkamah Tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saddiq ketika tiba di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan permohonan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk memindahkan empat kes jenayah yang dihadapinya untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Hakim Azura Alwi memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan dan pembelaan memaklum dan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi yang telah membenarkan permohonan tersebut.

Ketika prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharudin Wan Ladin berkata, Mahkamah Tinggi pada minggu lalu telah membenarkan permohonan Syed Saddiq untuk memindahkan kes daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Sementara itu peguam Gobind Singh Deo memaklumkan segala dokumentasi berhubung kebenaran Mahkamah Tinggi telah siap.

Hari ini merupakan sebutan untuk pihak-pihak memaklumkan kepada Mahkamah Sesyen berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan Syed Saddiq.

Pada 25 November lalu,  Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Syed Saddiq untuk memindahkan empat kes jenayahnya untuk dibicarakan daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan demikian atas alasan terdapat kemungkinan timbulnya persoalan-persoalan berkaitan Perlembagaan.

Berita berkaitan: Syed Saddiq didakwa atas dua pertuduhan

Berita berkaitan: Syed Saddiq didakwa lagi 

Pada Ogos lalu, Syed Saddiq memohon supaya kes pecah amanah berjumlah RM1 juta, menyalahgunakan wang sumbangan untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-14 dan pengubahan wang haram yang dihadapinya dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan notis permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi pada 19 Ogos lalu menerusi Tetuan Haijan Omar & Co. Syed Saddiq selaku pemohon turut memohon agar semua prosiding kes itu di Mahkamah Sesyen ditangguhkan sementara menunggu keputusan permohonan tersebut. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI