fbpx

Keane kecam Carrick sebagai hipokrit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CARRICK dikecam sebagai seorang yang hipokrit oleh legenda United, Keane selepas aksi menentang Chelsea di Stamford Bridge awal pagi semalam. - AFP

LONDON – Legenda Manchester United, Roy Keane membidas pengurus sementara, Michael Carrick selepas pasukan itu berjaya mengikat Chelsea 1-1 pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge awal pagi semalam.

Selepas perlawanan ber­akhir, Carrick menjelaskan, skuad kendaliannya menampilkan aksi lebih teratur selain bangga dengan corak permainan yang ditampilkan The Red Devils.

Keane nyata berang dengan sikap Carrick selain melabelkan beliau sebagai hipokrit, malah menjadi punca kepada pemecatan bekas pengurus sebelum ini, Ole Gunnar Solskjaer.

“Beliau (Carrick) berada di bangku simpanan bersama Ole (Solskjaer) sebelum ini dan merupakan antara individu bertanggungjawab atas aksi hambar yang ditampilkan sehingga menyebabkan Ole dipecat.

“Mengapa sekarang secara tiba-tiba beliau mengakui bangga dengan pasukan pada perlawanan hari ini (semalam). Kenapa mereka tidak tunjukkan aksi seperti itu pada perlawanan terdahulu,” tegas Keane.

Beliau yang juga bekas pemain antarabangsa Republik Ireland mempersoalkan Carrick apabila langsung tidak membantu Solskjaer ketika jurulatih dari Norway itu berdepan tekanan hebat sebelum ini.

“Beliau sentiasa bersama Ole dalam tempoh beberapa tahun terdahulu, kenapa tidak memberi teguran? Apa yang saya perhatikan, mereka ­hanya melihat pasukan bermain ­teruk, sebab itu mereka berada di tempat kelapan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI