fbpx

Hukum makan sushi, sashimi adalah harus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sushi.

PUTRAJAYA – Hukum memakan sushi dan sashimi adalah harus dan dibenarkan selagi mana ia tidak melanggar hukum syarak dan tidak memudaratkan tubuh badan mahupun akal fikiran.

Itu jelas Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menerusi artikel Irshad Al-Fatwa Siri ke-654: Hukum memakan sushi dan sashimi, dikeluarkan hari ini.

PMWP berkata, umat Islam bagaimanapun perlu memastikan hidangan sampingan yang dihidangkan bersama sushi dan sashimi seperti sos pencicah dan sebagainya hendaklah dalam kategori sesuatu yang halal.

Menurutnya, hidangan sampingan itu mestilah bukan mengandungi sesuatu yang haram seperti sake (arak), hirisan daging khinzir dan lain-lain lagi.

“Sushi diperbuat daripada nasi bercuka dan dibubuh inti campuran ikan, makanan laut, sayur-sayuran atau telur. Inti tersebut sama ada dihidangkan secara mentah, dimasak atau diperam.

“Manakala, sashimi pula adalah makanan Jepun yang terhasil daripada makanan laut yang dimakan dalam keadaan mentah bersama penyedap seperti kicap masin, parutan halia, dan wasabi,” katanya.

Katanya, sebelum ini, PMWP pernah mengeluarkan hukum memakan memasak atau makan haiwan yang masih hidup dimana dalam situasi sushi dan sashimi, memakan ikan masih hidup adalah makruh dan bukannya haram.

Jelas PMWP lagi, dalam hal memakan ikan mentah yang telah mati atau daging mentah yang telah disembelih secara syarak, tidak terdapat dalil khusus yang menyatakan akan pengharamannya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI